Time : 11.46 p.m.

http://emo.huhiho.com
Ngantuknye mate ni. Tak tertanggung dah rasenye. Tapi akan ku gagahkan jugak untuk update blog aku yang kusam lagi masam neh. Kat mane aku sekarang? Kat mane lagi kalau bukan kat rumah kesayangan aku. Hehehe. Patutnye malam ni aku dah balik ke pangkuan bilik 212A aku tuh. Tapi disebabkan arahan mamaku yang menyuruh balik esok, aku akur sajelah. Kate ibu perlu dituruti bukan? In order to get her n Allah's blessing. Hehe. Pandai la pulak aku. Dan-dan time ni baru nak dengar cakap mama. Sebelum-sebelum ni, aku je la yang paling rajen bantah ape mama cakap. Aiyo. Anak derhaka aku nie. Belum mintak maaf lagi. Huhu.. Nanti-nantilah. Raye nanti ke. Raye cina pon ok gak an? Hakhak.

http://emo.huhiho.com

Adoih. Aku exam start Rabu 10 Feb nie. Tapi aku masih disini didepan laptop ni tak buat ape-ape revision pon. Pemalas giler aku nie. Nak bukak buku tu jauh sekali. Tapi nak bukak laptop, tak menyempat. Baru bangun tidur, belum sempat berus gigi pon aku rajen. Hahaha. Itulah aku yang makin lame makin hilang kerajinan. Teringin nak jadi macam dulu. Awal pagi before subuh aku dah bangun kot. Semayang sunat tahajud diikuti dengan solat sunat hajat. Then, subuh terus. Lepas subuh, aku duduk ngadap buku. Rajin je buat latihan. Tapi sekarang? Haih. Taktau la macam mane nak cakap. Kadang-kadang tu, subuh pon aku terlepas. Solat sunat dah jarang buat. Latihan-latihan, sekali tu pon susah sangat. Ape ntah nak jadi dengan aku nie kan? Maybe sebab aku dah boring belajar kot. Dari kecik belajar, naik tepu jugak otak nie.

http://emo.huhiho.com

Tapi, sabda Nabi Muhammad; carilah ilmu walau sampai negeri China. So, aku tak boleh stop. Sebagai seorang muslim kan? Hehehe. Pandai berkata-kata tapi tak reti nak buat sendiri. Again, itulah aku. Huarghh! Tak dinafikan, aku sendiri benci dengan diri aku sekarang. Macam-macam kekurangan. Macam-macam masalah. Masalah belajar ni satu yang serabutkan aku. Masalah nak pass EPT aku ni lagi. Aku cuak giler kot. Tapi aku tak tau nak buat ape. Nak buat latihan, latihan ape aku boleh buat? Takde specific buku untuk budak-budak yang ambil EPT macam aku neh. So, bersumberkan past year paper je. Itu pon ade satu je. Baru je aku buat tadi. Bile cek, atas pagar je marks aku. Taktau lah macam mane exam betul-betul nanti. Huaaa.. Takutnyee!!!

http://emo.huhiho.com

Petang tadi, ntah macam mane aku boleh terbukak blog lame aku. Aku pon bace la. Syok jugak. Gaya penulisan aku dulu dengan sekarang jauh berbeza. Dulu macam lebih proper la berbanding sekarang. Now ni, hancoq la orang kata. Dengan tatabahasa ke mane. Rules semua aku langgaq je. Hahaha. Takpe-takpe. Nanti kat main camp, belajar bahasa melayu balik. Boleh improve lagi. Hehehe. Berbalik pada blog aku tadi. Sayu jugak aku bace blog aku tu. Macam-macam cerita aku teringat balik. Kisah aku dengan Hakim, dengan Ad. Tu je la. Aku rase sepanjang aku blogging nie, cerita mamat tu je la. Tapi for sure yang paling banyak tentang jejaka sengal mr kero tu.

http://emo.huhiho.com

Name kero tu agaknye sape yang bagi ek? Aku ingat aku yang mule-mule panggil die dengan name tu. Emm.. sekarang, he still use the name. I dunno whether the name is given by me or someone else. Its ok. Bile aku bace, makin sedih aku dibuatnye. Sebab, kenangan aku dengan Mr Kero tu sangatlah manis. Takde lagi kenangan lain yang boleh menandingi kenangan aku dengan die. Tapi, semua itu hanyalah lakonan dari die yang memaksa hatinye untuk menerima dan membahagiakan aku. Sedih tak? Sedih giler. Aku rase kalau Allah tak kurniakan aku ketabahan dan kesabaran ni, mesti aku dah bunuh diri. Mayat aku ntah kat mane-mane ntah. Alhamdulillah. Allah beri peluang untuk aku kenal siape Ad yang sebenar. Dan aku takkan percaye pada laki seperti die. Tanx Ad. Kau buat aku sedar siape lelaki.

http://emo.huhiho.com

Cakap pasal lelaki, ape kes pulak dengan laki aku si Faiz tu? Ntahlah. Aku okey je dengan die. Takde ape-ape masalah. Buat mase ni, aku stick je dengan die. Kalau ade jodoh, insyaAllah die akan jadi suami aku. Tapi, kalau takde jodoh, dengan orang lain la aku berkahwin nanti. Camne pon, hati aku memang dah takde tempat untuk orang lain. Tertutup rapi dan kemas. Aku takkan bagi sesiapa sentuh hati aku melainkan dah sampai waktunya. Alhamdulillah, aku dah makin kuat. Mampu untuk menepis segala godaan syaitan. Nyah kau syaitan!! Hahaha..

http://emo.huhiho.com

Dah panjang sangat ke belum entri aku kali nie? Belum? Kalau belum nak tambah lagi. Huahaha. Tapi aku ketandusan idea lah. Ape manfaat aku berblogging ni ek? Bile aku bukak blog lame aku, baru aku nampak. Dengan cara ini, aku boleh mengimbas balik ape yang terjadi dekat aku pada masa-masa lepas. Hanya di hujung jari. Hehehe. Klik itu ini, aku dah boleh nampak bayangan aku pada waktu-waktu yang tertentu. Masalahnye, mase untuk aku blogging tu susah nak jumpe. Hahaha.

Ok lah. Banyak lagi keje aku ni sebenarnye. Nak menghafal ayat-ayat BTQ ni. Banyak kot. Dah lah otak aku dah beku. Susah je nak menghafal. Huhu..

http://emo.huhiho.com

-END-

0 taikk: