Time : 11.31 a.m.
Happy New Year everybody!!!
Haha. Tak sangke dah masuk tahun 2010 dah. Tahun ni lah umo aku akan mencecah 20 tahun. Terase tua pulak. Hehe... Kali ni aku nak imbas kembali kenangan-kenangan aku sepanjang tahun 2009. Tahun lepas yang berakhir semalam. Tak dinafikan, tahun 2009 merupakan tahun yang amat-amat sukar untuk aku. Segala musibah telah aku lalui sepanjang tahun lepas. Alhamdulillah, aku masih disini masih mampu meneruskan perjuangan sebagai seorang khalifah dimuke bumi Allah ini.
Haha. Berfalsafah pulak an. Oke-oke. Semalam, aku teringat lagi.Tanggal 1 Januari 2009, tepat 12.00 pagi, aku dikejutkan dengan satu panggilan. Dengar suare yang riuh rendah dihujung talian. Menyanyikan satu lagu untuk aku. Tapi aku tak ingat ape die. Mungkin aku tak dengar pun ape yang ingin disampaikan. Tapi, suare tu sangat aku rindui sekarang. Waktu tu, kami belum punya apa-apa hubungan lagi. Walaubagaimanapun, hubungan kami ternyata lebih dari seorang kawan. Cume belum declare sebab aku yang belum sedia untuk menerima sesiapa dalam hidup aku. Die yang berada di sunway lagoon waktu itu sedang menyambut kedatangan tahun baru bersama rakan-rakannya. Aku hanya mendengar dari jauh. Namun, nyanyiannye yang berserabut itu mampu membuatku tersenyum sepanjang hari.
Waktu tu, kami masih berada di semester 2 tahun pertama. Aku yang dikeciwakan oleh kekasih lama, telah diberi sinar bahagia oleh dia. Bodoh waktu tu. Aku terlalu buta untuk menilai kasih yang dicurahkan. Aku hanya menganggapnya hadiah dari seorang kawan yang sangat memahami. Tak kusangka, dalam diam, dia ade menyimpan perasaan terhadapku. Dan sepanjang semester 2 tu dia tunggu aku. Akhirnya, tanggal 06 Mac 2009, dia meluahkan rasa dan ingin berpacaran denganku. Aku yang tak punya sapa, menerima dia dengan hati terbuka. Allah Maha Kuasa. Kurang bernasib baik, hubungan kami sepanjang itu tidak sebahagia sebelum couple. Ada saja masalah yang timbul. Baik dari aku, mahupun dari dia. Kenapa? Mungkin kami tiada jodoh.
Akhirnya, kami tamatkannya pada 24 Jun 2009. Hanya tiga bulan bertahan. Tapi, dalam tiga bulan itulah, aku belajar menyintai seseorang dengan sepenuh jiwa ragaku. Walaupun sekejap, kesannya sangat mendalam. Sampai sekarang aku masih belum dapat lupekan dia. Dia cinta pertamaku. Dia kekasih awal dan terakhirku. Tapi, aku sudah tiada pilihan lain melainkan melepaskannya pergi. Untuk melihat dia pergi, sangat menyedihkan aku. Tetapi, untuk melihat dia tidak bahagia disampingku, lebih menyiksa aku. Pergilah kau kekasih. Jalani hidup kau sebaiknya ya.
Dalam kesepian, terpacul satu sinar baru untuk aku. Kehadiran Faiz sedikit sebanyak merubat lukaku yang lama. Mungkin disebabkan jodoh, kami telah disatukan pada 09 Julan 2009. Walaupun pada waktu itu aku belum pasti perasaanku, aku tetap menerima dia kerana aku yakin dia paling sesuai untuk aku. Dia punyai ciri-ciri lelaki idaman aku. Fizikalnya. Mentalnya. Segalanya. Walau dia tak secerdik mana, namun aku tiada masalah berhubungan dengannya. Alhamdulillah, setakat ni kami telah bertahan selama lima bulan dua minggu. Hehe. InsyaAllah, hubungan ini akan kekal lama. Mintak-mintak selamanya. Kalau diizinkan. Ibunya telah pun aku jumpa waktu cuti haritu.
Itu cerita Cinta. Ada lagi cerita lain. Tapi malas nak cerita. Hahaha.
Rajin nanti aku update lagi.
Kemalasan melanda!
chow.!
Labels: mood biase
0 taikk:
Post a Comment