Time : 06.55 p.m.

Ni gambar ape? Hehe. Saje je. Gambar hiasan. Topik aku harini mengenai aktiviti aku pada pagi ahad, 06 Disember 2009.
Semalam mama ade menyuarakan ingin ke kebun papa harini. Kat Hulu Yam sane. Papa ade beli tanah. Mulenye nak buat pusat peranginan la kononnye. Siap ade kolam air terjun buatan sendiri. Sayangnye, semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam. Mungkin masa yang tak mencukupi membuatkan papa kekurangan mase untuk menguruskan tanah tu.
Akhirnya, tanah tu dijadikan kebun. Tanam je la ape-ape yang rasa ingin tanam. Dah lame jugak la papa beli tanah ni. Baru sekarang mendatangkan hasil. Geran tanah pun tak dapat lagi. Belum lulus rupenye.
Mama kate, bukan senang nak lulus. Pejabat tanah nak tengok pokok-pokok yang ditanam dulu. Membuktikan kite bersungguh-sungguh ingin memiliki tanah tersebut. Mestilah kan? Kalau taknak uruskan, baik tak payah bagi. Macam seorang lelaki nakkan perempuan la. Kalau lelaki tu hanya main-main je, taknak serius, perempuan nak ke? Taknak jugak. Tapi kalau dah dapat, hah, sukati kau lah nak watpe. Macam jugak ngan tanah nie. Mama kate kalau dah dapat geran tu, mama nak bela kambing. Aku setuju sangat-sangat. Mama kate nanti senang. Biar kambing tu je yang makan rumput-rumput tu. Tapi, pendapat aku, bukan takat rumput je die makan nanti, dengan pokok-pokok die bantai. Hahaha.
Mulenye, sampai je kat kebun tu, aku rase malas giler nak buat ape-ape. Aku just tengok je mama tanam pokok, papa potong rumput. Aku pulak tercongok je macam orang bodo. Lepas tu agaknye mama kesian tengok aku takde keje sangat, mama suruh ajak adek-adek pergi mandi kat sungai tepi kebun tu. Haha. Aku ape lagi. Peluang dah ade. Jangan dibiarkan busuk begitu saja. Jom mandi adek-adek!! Dushhhh! Terjun lah aku kat sungai tu. Whoaa. Memang patut pon mandi. Sebab aku datang pun tak mandi lagi. Hahaha. Bangun-bangun terus masuk kerete.
Tengah-tengah mandi tu baru aku dapat hidayah nak tolong mama. Agaknye inilah sebab mama suruh aku mandi dulu. Hehe. Aku keluar dari sungai, pergi tebas semak samun kat kebun tuh. Macam hutan dah aku tengok. Sian lak papa sorang potong rumput. Aku amek parang, aku tebas la pokok senduduk yang nyemak kat kebun tuh. Susah pokok lain nak dapat nutrien dari tanah kalau dah rumput je yang penuh. Macam mane nak dapat hasil yang baik kan?
Hehehe.

Eh. Syok pulak tebas-tebas pokok ni. Aku rase puas. Macam bunuh orang. Aku hayun kuat-kuat parang panjang tu. Hiyakkkk! Yeah. Akhirnya pokok itu tumbang menyembah bumi dengan hanya dua kali hayunan kiri kanan. Hehe. Macam pahlawan lupe daratan jugaklah tadi. Sampai mama suruh berenti pon aku buat bodoh je. Sori mama. Terpukau sekejap.

Lepas tebas-tebas pokok, berkelah plak tepi kebun tu. Makan kuih, minum-minum. Sakit jugak badan. Tangan pun dah luke-luke dek pokok-pokok tajam tadi. Lepas tu, terjun lagi dalam air! Puas giler. Lupe segala beban kat otak ni kejap. Sambil mandi-mandi tu, aku berangan-rangan lagi. Bestnye kalau datang sini dengan kawan-kawan. Otak aku ligat fikirkan rancangan tuk final nanti. Lepas exam kalau datang sini, memang berbaloi. Haha. Orang-orang untuk diajak dah difikirkan. Seronoknye! Ngee~
Haih. Tengah syok-syok mengelamun tu, hujan pulak tibe-tibe. Dengan baju basah tu jugak lah aku dengan adek-adek berlari masuk kerete. Tak tukar baju pun. Beralaskan tuala, aku duduk je kat seat tu. Papa pun pecut je pulang ke rumah.
Sampai dirumah, aku mandi dan merebahkan diri di atas katil yang sangat empuk. Terasa sangat nikmat. Sedapnye~
Lepasni kalau mama nak pergi kebun lagi, aku nak follow. Nak tebang pokok pulak. Hahaha.
-end-

Labels: mood hepi
0 taikk:
Post a Comment