Time : 12.06am
Yes! Aku ade cerita baru mahu dikongsi bersama ini blog kesayanganku. Guess what? Aku dapat kenalan baru semalam. Actually, bukan la kenalan baru pon. Lame je. Tapi, baru rapat semalam la. Semalam aku lepas saje exam FIM tu, aku and Farah decide nak ke Mid Valley Megamall untuk.. ENJOY! Hahaha. Teruk betul perangai.
Si Farah ni laa.. nak jumpe kawan lame die dari sekolah rendah tu. Lelaki. Dan, kawan die tu, membawa seorang lagi kawannya. Dan, die, sangat ensem, kacak, macho juge bergaye. Hehehe. Bukan aku yang gatal! Mate aku! Wakakka. Makan mcD je. Budak laki due ekor ni pelik btol. Aku mintak order McChicken. Yang aku dapat, ayam due ketul. Hahaha. Salah paham pulak. Ayam pon ayam la. Chicken jugak en. Ngap saje kalau perut dah lapar.
Yeah. Lepas saje makan, kami sembahyang dan tonton wayang! Cite ape lagi aku tengok kalau bukan Ice Age 3 tu. Ini, kali kedua la kirenye aku tengok cerita tu. Hahaha. Tak kesah pon. Walau banyak kali pon aku tak boring. Tapi, tak berape syok sangat. Sebab aku nak gelak macam terbantut je. Dull gile kat dalam tu. Aku rase bende tu dah lawak abes dah. Tapi orang kat dalam hall tu macam heartless je taknak gelak. Huhu. Kesian aku. Ibarat menahan kentut yang dah ujung-ujung hampir nak terlepas tapi masuk balik. Hahahaha.
Ape yang kami beli? Sepasang kasut berjenama yang agak mahal. Sebijik dan serupa. Cume saiz berlainan. Inilah kawan sejati kate orang. Hahaha. Tapi, sebab ade diskaun 70%, kami beli dengan harga hanya RM14.70. Murahkan? Memang berbaloi. (+_+)
Heh. Aku sudah jauh menyimpang dari topik sebenar. Aku nak cerita kat mana aku start rapat dengan sorang guy ni. Dalam bus! On the way balik uia. Guy ni kawan kepada kawan-kawan aku jugak sebenarnye. Cume biasenye kalau jumpe, tegur gitu-gitu je la. Yelaaa.. Aku ni kan awek kawan-kawan guy ni. Huhu. Dah terserempak dalam bus yang penuh sesak tu, berborak la. Macam-macam cerita keluar. Siap mengutuk lagi. Haha.
Nak dipendekkan cerita, kami mule rapat sejak semalam. Siap ajak study pukul 3pagi lagi. Aku pon bangun dikejutkan oleh si S ni. Aku study beb! Habis satu bab, aku sambung tidoq. Hahaha. Cayaa lahh! And, kami plan, nak keluar bersama hari ni. Yela, si S ni dah janji nak blanje aku makan. Aku, mesti la tidak melepaskan peluang keemasan ni. Haha. Kami ke Mid lagi. Makan mcD je pon. Tapi, puas! Sebab dapat makan burger. Heee... Kami tengok movie. Cerita ape tau tak? Skrip 7707. Buhsan! dan tak seram langsung. Gelak je aku ngan si S ni.
Sampai UIA, kami berpecah. Dan hadiah untuk aku dari si S.
Labels: mood hepi
0 taikk:
Post a Comment