KECIK!! isk.. akhirnya, ite lepaskan die jugak kecik. ite yang keluarkan statement tu. supaya, ite tak tertanye-tanye lagi. ite dah break. ite dah takde sesiape lagi dah kecik. ite single. ite solo. ite keseorangan.
ite ade bace blog die baru-baru ni.. die hina ite dalam blog die kecik. sedih giler. ite dah takley tahan air mata ite da skrg ni. kalau air tu nak jatuh, jatuh jugak. tak kire la bile-bile mase pon. kat mane-mane. dengan sesiapa. sedih laa kecik. ite nak je bunuh diri ite ni.
blog die mmg menyakitkan hati. ini die kate-kate pedas untuk ite. yang ite rase, semua ni macam salah ite. salah ite ke kecik? salah ite ke?????
---------- from Encik Ad ----------
kau nak tau kan? baik aku beritahu. pada 06 Mac 2009 jalinan terikat, hingga 24 Jun 2009, ia sampai ke titik noktah. setiap itu tu aku kesal kerana aku dah buat kau terima aku. aku, memang kejam, perasaan aku memang seperti tak wujud. aku punya hati, keras. maaf.
apa yang berlaku antara kita, itu semua paksaan dari aku sendiri untuk hati menerima kau. setelah sekian lama aku nak memenangi kau, hati aku dah putus asa, dah tertutup nak menerima kau. tapi, salah aku sebab kemudiannya mulut ini gatal mengeluarkan permintaan hati palsu. pada masa tu, aku tak menjangka perpisahan cara ini.
sepanjang masa itu, kelihatan banyak kenangan. tapi kenangan itu hanyalah menjadi perosak kebahagiaan hidup kau. kemunculan aku merosakkan kau.
apa yang buat aku berubah? entah. ada masa aku fikir lebih baik kau balik ke pangkuan akem. tapi, mungkin juga kau patut pergi ke pangkuan abang yang kau sayang yang sentiasa menunggu kau. bagi aku, mereka jauh lebih baik untuk kau berbanding aku.
kau, aku masih tak kenal kau, secara dalamnya. diri kau, entah aku tak tahu. jealousy? oh tidak. kau keluar dengan siapa-siapa pun aku tak kesah. entah.
aku rasa macam menyesal sebab aku baca blog kau. sepanjang kau menulis sepanjang tu jugak aku baca. lagi banyak aku baca, makin aku bingung. aku tak tahu apa perlu aku buat. ahh. blog kau dah private kan. peduli apa lagi.
hati aku. hahah. aku tak dapat cari cinta dan aku dah nekad tak nak cari erti cinta. dengan kau? aku tak lagi sayang. maaf, sebab aku lebih menyayangi kawan-kawan berbanding kau, kekasih. terima je lah hakikat tu. aku jahat. aku tahu.
cara kita tamat ni, memang kejam. memang aku sengaja buat kau benci aku, sampai kau taknak tengok muka aku. aku dah tak nak kau fikirkan aku je. kau fikirkan je lah benda lain. banyak lagi benda boleh fikir. tak ada aku ramai lagi orang lain ada. tapi, kau jangan samakan aku dengan orang lain, kau jangan samakan orang lain dengan orang lain. setiap orang tak akan sama. terima je lah. tak payah sibuk nak samakan orang.
oh ya. kenapa mesti nak pandang serong kat budak-budak indie ha? diorang ada musnahkan hidup kau ke ha? aku je kan? kau ingat asal indie je budak-budak teruk? hei, sori sikit. diorang yang bukak mata aku untuk terima dunia ok? kirim salam sikit kat miss n kau.
dah dah. putus dah kan? putus is putus. no more further. lepas ni aku tak akan cari kau mintak bersatu balik. harap maklum itu. sekarang kau benci lah aku puas-puas sebab sebenci-benci kau kat aku, memang aku tak akan benci kau.
pergilah hidup dengan aman tanpa aku. pergi. aku dah berundur. semoga bahagia.
SETIAP ORANG TAK AKAN SAMA WALAU LELAKI WALAU PEREMPUAN. kalau semua sama tak menariklah dunia. and everyone is complicated. tipu la kalau ada yang simple. haha. simple. wtf~
----- end -------
pasni, ite taktau macam mane ite nak teruskan idup ni kecik. ite tak percaye die yang keluarkan ayat macam tu. ite pelik sangat. betulke die memang tak sayang ite. betulke die tak pernah sayang ite. selame 3 bulan ni, ite hanya jadi bahan permainan die ke? ite hanye diperlakukan die ke? untuk kebaikan die. itu die ke? atau ade sebab die jadi macam tu? atau ade bende lain yang die sedang sorokkan dari ite. sampai die terpakse buat ite benci sangat kat die? ape ni? ape ni????
Labels: mood sedih
0 taikk:
Post a Comment