Time : 06.43pm

Yo!! Hari jumaat, hari kiamat. Alhamdulillah, tak berlaku harini. Huhu. Aku baru je bangun tido ni. Tibe-tibe dapat satu message yang agak tidak menyenangkan. Baru sekarang aku sedar hidup ni agak sempit. Sempit. dan aku dalam kesempitan!!!!! Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!!

Rase kesal mule la nak menular dalam diri ni. Mane pulak aku nak cekup duet ni woi. Aku dah miskin. Parents aku pulak memang sumpah kedekut tahap cipan. Duet belanje aku pon taknak bagi. Hampeh betul. Kalau aku ni bekerja, okey jugak la taknak bagi duet tu. Ni, baru study kat U. Elaun pon berape la sangat. And, kalau elaun tu ade lagi, okey la jugak. Masalahnye elaun aku bakal ditamatkat riwayatnye dalam mase terdekat ni! Adoi. Ape aku nak makan lepas nie? Roti sekeping pon tak lepas. Camne aku nak bagitau parents aku? Mesti diorang marah aku giler bab~!

Ini semua salah aku jugak kan....
Satu, duet tu awal-awal lagi aku dah sumbangkan kat tempat yang tak sepatutnya. Awal-awal lagi aku dah let go kan. Kalau bukan sebab kantoi ngan papa aku, aku takkan dapat duet tu balik. Dapat pun, half dari yang aku dah sumbangkan. Kedua, dah la duet dalam bank aku memang macam kuman je keciknye. Pastu, bile dah dapat duet balik yang half tu, aku pegi enjoy shopping ngan kawan aku. Adoi. Budus plak aku rase sekarang ni. Sekarang, kawan-kawan yang aku pinjam duet dari diorang, dah datang balik pungut utang masing-masing. HOW CAN I PAY THEM?!!!

MANGKUK la kau nun! Huaaaaaaa.... Parents aku ni pon satu. Harap je berduet, gaji besar. Tapi, tahap kemasinan taik idung diorang sangat la tinggi. Jering pon dah jadi tangkai. Nak mintak duet sikit punyelah kecoh satu kampung. Aku ni anak diorang ke tak sebenarnye? Adei. Kalau aku tau diorang tak mampu nak sara aku, aku takkan mintak la weiiiiiiiiiii... Geram! Geram!

D.U.E.T
something yang sangat diperlukan
dan
menyusahkan!

Nak duetttttttttttt~!!!!
( - _ -")

( ~'_'~ )

Time : 02.53 pm

Yes! yes! Blogger dah buley bukak! Adeke patot. Before ni, Blogger tak boleh bukak langsung. Sian la kepade blogger-blogger yang wujud kat uia nie. Kempunan nak post entri-entri baru. Nak ngutuk orang ke.. luahan perasaan ke... saje suke-suke ke.. kan? Haha. Especially aku la. Nak bercerita pon susah. Tapi, aku ade ke cerita nak di ceritakan? Hahaha. Ade je sebanarnye. Banyak.

Cerita Pertama :
Haritu an aku ade mengamuk ngan KAB tu an? Haaa.. satu ari lepas tu, dy message aku. Tanye mcm ni ;
KAB : mesti kau suke an kalau aku mati?
Aku : nape cakap macam tu? Aku tak pernah cakap pon aku suke tengok orang mati.
KAB : yela. kau menyumpah sampai aku nak mati. suke? bagos.
Aku : Aik. Aku cakap aku benci kau sampai mati. Aku yang mati. Bukan kau. Apsal plak kau yang nak mati?
Lepas aku tanye soklan macam tu, terus tak balas. Tau takot kau. Hahahhaa. Tibe-tibe aku rase macam aku ni kejam. Tapi belum sekejam dy lagi. Tunggu la suatu hari nanti. Aku doa sangat dy melutut depan aku mintak maaf. Tu je aku nak dengar dari dy sebenarnye. MINTAK MAAF dengan aku. Selame ni, dy tau dy bersalah. Tapi, tak reti-reti nak mintak maaf langsung. Dah tu, buat muke tak bersalah je.

Even, dalam kelas pon. Nak pandang aku memang tunggu kiamat la. Tapi, bile terpandang tu, adoi muke die. Memang nak makan kaki aku je. Muke innocent abes! Kalau la aku diberi peluang keemasan, memang aku dah cincang daging dy buat makanan buaye. Name pon buaye darat an. Sesuai la tu. Wakakkaa.

Cerita Kedua :
Haa.. Ape ek cerita aku? Takde kot. Tapi aku nak buat-buat cerita plak. Hahaha. Aku dah kawen beb. Name dy FAB, bukan name sebenar. Sebab aku tak nak heboh-heboh. Nanti satu UIA ni tau aku dah ade suami. Hahaha. Dy, nampak macam beragama jugak la. Kalau nak dibandingkan dengan KAB tu. Kaki gig mosh sume. Ni dah la dah akhir zaman. Sempat lagi dy fikir untuk enjoy semate. Teruk betul an? Alamak! Termasuk cerita dy plak. Oke-oke. Sambung. Si FAB tu, blajar lagi. Sebaye aku la an. Taknak la cari tua-tua ni. Tak memahami. Hahaha. Aku jadi bini dy, dah lame kot. Dah hampir beranak pinak dah ni. Heheheh. Cukup lah aku melalut bukan-bukan. Kang ade yang salah paham plak.

Cerita Ketiga :

Aku dah couple balik ngan HI. Sape tu? Mestila korang taktau kan? Hahaha. Tapi kalau korang tau pon, agak-agak korang percaye tak? Wakakkaka. Satu hari ni, aku tanye kawan aku. Kalaulah aku bagitau, aku dah berbaik semula ngan si HI ni, dy percaye tak? Kawan aku ni, percaye abes! Siap bagi kata-kata semangat ke. Then, aku bagitau la dy. Even aku message pon dy tak layan, kau percaye dy nak kat aku balik? Huahahhaha. Ketawa terbahak-bahak la aku. Dan kawan aku tu pulak, muke marah jeee.. Hai. Marah ke kak? Hahahhaah. Kesian.

Cerita Empat :
Tau tak? Aku sebenarnye ade exam sabtu, isnin and selase ni. Tapi tau ape aku buat? Makan, tido, on9, tengok movie.. Belajar? Revision? Langsung takde dalam jadual hidup aku sekarang ni. Sebabnye, aku rase kiamat ni nak dekat sangat. And, aku belajar ni pon, sekadar belajar. Tak bawak ke mane. Sempat ke aku graduate? Sempat ke aku bekerja? Sempat ke aku berkahwin? Sempat ke aku beranak-pinak? Sempat ke aku taubat? Sempat ke semua tu? Tu pasal la sekarang aku belajar takat yang mampu je. And aku tak berape nak push sangat. Teruk an aku ni. Fikiran tak normal. Mental problem kot. Hahaha..

-Rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara hidup dan yang sudah meninggal dunia-
(.''(",)



Time : 02.28 pm

Haih. Kenapelah aku rase tension sangat hari ni. Tibe-tibe aku rase menyampah duduk rumah ni lame-lame. Nak keluar dari rumah ni. Tapi tak tau nak pergi mane. Untuk kembali ke Uia memang bukan pilihan yang baik. Aku pun benci untuk balik ke sane. Aku dah taknak blajar. Kalau nak pun, bukan sekelas dengan si setan tu. Arghhh! Aku benci giler. Tolong laaaa..

Sorry la ye mama. Anak mama ni semakin kurang ajar plak sekarang. Atas sebab-sebab yang anak mama ni tak dapat bagitau. Memang anak mama ni banyak berahsia. Sangat-sengat memendam rase. Anak mama ni dah tak seceria dulu. Anak mama ni dah jahat. Dah gelap hatinya. Mintak maaf ye. Makan tengah hari hari ni, anak mama buat tak sempurna. Cukup tak sempurna sampaikan mama papa makan tak rase ape. Sampaikan mama terpakse buat balik semula. Sian mama.

Ape tah yang tak kene dengan aku nie. Sejak dua menjak ade je yang tak kene. Dah jadi makin benci kat manusia-manusia di sekeliling. Juge hipokrit sangat-sangat. Astaghfirullah....

Nak belajar pun, takde mood. Makin hari makin malas. Sebab aku merasakan dunia ni akan sampai pengakhirannya tak lama lagi. Akan hancur. Macam dah takde makne aku belajar. Belajar sekadar mendapatkan ilmu. Bukan untuk berjaya di masa akan datang. Contohnye, untuk capai cita-cita atau dapatkan scholar. Kosong. Jiwa aku kosong sangat ketika ini. Nape ye?

Heh. Petang ni aku dah perlu balik ke penjara di section 17 tu. Di Jalan Universiti tu. Bencinye aku. Bukan sebab keadaan di sana yang sangat boring. Sebabnye, kat sane lah, aku mule temuia titik-titik hitam di hati aku. Kat sane lah aku belajar menipu mama aku. Kat sane la aku jumpe manusia-manusia yang telah dan ingin merosakkan aku. Ape salah aku ea pada dia orang?

Seingat aku, sebelum aku melangkah kaki ke sane. Aku seorang yang bersih bagai kain putih. Takde sedikit kotoran pon terpalit. Namun sekarang, aku cukup berbeza. Cukup kotor. Aku sendiri jijik dengan diri aku sendiri. Nak bersihkan, masih sempat kah? Mampukah aku? Ya Allah. Tolonglah hambaMu ini yang berada dalam kebuntuan.

Hish. Dahlah tu mengarut. Tak. Ni bukan karutan. Ini kenyataan. Aku memang macam ni sekarang. Aku dikelilingi setan. Dari datuk setan sampailah ke cucu cicit setan. Shuhhhh! Pergilah kau setan jauh-jauh. Hati aku dah cukup gelap dengan kehadiran kau. Aku nak cahaya. Aku nak ketenangan. Aku nak ketenteraman.

Aku pasrah....

-end-

Time : 01.57am

Tamat sudah segalanya.
Malam ni terasa sangat rimas dengan kehadiran rasa-rasa yang kurang menyenangkan. akhirnya aku berniat untuk menyatakan benci pada dia. dan meminta penjelasan untuk segalanya.

Alhamdulillah. die respond.
Walaupun respond die yang sangat menyakitkan hati sehingga aku terpaksa mengalirkan air mataku sekali lagi. Dan aku harap ini yang terakhir.

Dan. Akhirnya, aku menyatakan ingin melepaskannya.
Dan memberi amaran supaya tidak mencariku lagi.
Dan aku menyatakan juga aku sangat-sangat benci padanya.
Sampai mati pun benci tu akan ade.
Dan akan berterusan.

OK.
THE END
everything is done
no more futher

Time : 01.36 am

Its late already. And i, all by myself still awake at this creepy night. Heard something weird but trying to hold on because dont feel like sleeping yet. Im thinking about someone. Who is very special for me. And i love him most. He is like my life, my soul, my spirit, my everything. He is everything to me. Without him, i wont strive to live in this horrible world. Without him, i will die.

Haih. Payah la nak speaking nie. Masa yang diambil untuk blogging menjadi semakin lame. So, i'll proceed in Malay okeh? Haha. ape la kau ni non. macam mane la nak pandai english kalau tak praktikkan. lantak kau la. asalkan kau mampu hidup.

warghh!! aku ni.. cube untuk melupakan die. melupuskan die. melenyapkan die. dari fikiran aku. tapi tiap kali aku nak lupekan die la, aku akan teringat die balik. kadang-kadang, ingat die buat aku tersenyum sendiri. kadang-kadang, murung. kadang-kadang moody. macam-macam fi'il la akan jadi bila aku teringat kat die. susah la. knape ek?

yang aku pelik dari dulu sampai sekarang, kenape die susah sangat nak lafazkan atau mengaku kat aku bahawa dia memang dah taknak aku? lagi la buat aku tertanye-tanye. teragak-agak untuk lupekan die. bodoh la. aku benci bende macam ni. aku taknak nanti bile aku dah ade yang baru, die datang pulak kat aku. memang la aku dah berjanji kat diri aku yang aku takkan cari lain. die lah lelaki terakhir. tapi, mane tau kalau ade yang masuk line. dan aku gagal pertahankan janji aku tu. aku akan terima juga. dan die? tolong la jangan kau mengaku inginkan aku semula pada saat itu wahai khairul adli.

sekarang ni, memang ada yang inginkan aku. tapi aku hold dulu. sebab aku mahukan kepastian dari die. tapi die tak pernah layan pun pertanyaan aku. even kalau kawan-kawan aku yang rapat dengan die tanyekan pun, die takkan jawap. die akan senyap. apekah maksudnye ye? boleh bercakap tapi bisu. bongokkan rasenye?

eish. kau memanglah. menyusahkan. kenapelah kau lahir kat dunia nie. memang sangat-sangat menyusahkan aku. tidakkah kau sedar dan teringin nak menyenangkan aku? susah la macam ni. aku sendiri benci untuk melihat muke kau. apetah lagi dengar suare kau. kite dah la kelas same. setiap kali aku tengok muke kau, hati aku membara. tiap kali aku dengar suare kau, telinga aku panas. tolonglah. kalau kau tak perlukan aku dan kau taknak pun kat aku bagitau la. dan berambuslah terus. kau memang menyemak! semak kau tau! aku benci kau. benci!

dah-dah. kumbang bukan seekor nun... haaa. sebab bukan seekor la aku taknak banyak-banyak. aku nak satu je. satu je! tapi yang satu ni pun, masyaAllah. peritnye, seksanye aku, hanya Tuhan aje lah yang tau.

( ~'_'~)

time : 03.26 am

wahai adli baharuddin.... ape kau nak sebenarnye? aku dah pun kembali untuk jadi kawan kau. tapi kau kata, bukan itu yang kau nak. kau nak aku yang dulu. aku yang sebelum kite jalinkan hubungan suci itu. oh adli. pernah tak kau fikir, sukar untuk aku kembali seperti dulu. even, aku sendiri tak ingat macam mane aku waktu dulu. bagi aku, semuanya sama. dan lagi satu, kau pernah fikir, ape yang aku nak? kau hanya menyatakan permintaan kau. tapi pernah kau pertimbangkan permintaan aku?

bukan aku taknak untuk menerima kau wahai adli. cuma... aku kekok. jawapan yang aku tunggu dari kau pun belum kau jawap. dah hampir berhabuk persoalan-persoalan tu dalam kepala otak aku ni. tak pernah satu pon yang kau jawap. kau masih belum puaskan hati aku. belum tenangkan jiwa aku. dan sekarang kau kembali untuk meminta kepercayaan yang pernah aku bagi pada kau dulu. kau sedar tak??

aku bukan nak marah kau. malah, aku suka kau cari aku. sebab itu yang aku harapkan. tapi tolonglah. jangan buat aku percaya kau 100%. Jangan bagi harapan kat aku. juz, berlaku jujurlah. kau nak kite macam dulu-dulu kan? belajar same-same. share problem same-same. tapi kau..? kau lain sekarang. kau sendiri mengaku kau lain. aku memang la lain. sebab kau. kau yang buat aku jadi macam ni.

come on la adli.......
explain everything to me.
i juz wanna hear that.
i juz want your explaination.

sekarang, time aku tengah syok chat ngan kau, kau senyap.. then, kau lenyap terus. kenape???

Jumaat, 17 Julai 2o09 ; ini yang aku dapat akibat meminjamkan pendrive aku kepada si die. dari sebelum clash, sampai jumaat tu la pendrive aku ada pada si die. pandai-pandai je buat hak sendiri. akhirnya, ini hadiah untuk aku......

--------------------------------RAPIKAN MAUT---------------------------------------

kenapa dia?
aku taknak macam ni. so LAME
kenapa dia macam nak jauh dari aku ha?
aku rasa aku dah cakap kat dia
aku nak dia sebagai kawan yang dulu.
tapi, dia macam taknak.
maybe aku yang fikir macam ni.
ye lah, aku nak KAWAN bukan couple.
tapi end up macam ni, macam tak kenal.

kawan-kawan aku dah pening dengan aku
diorang sampai tanya aku;
korang dah break kan, teruskan lah hidup
tapi ko still fikir nak jaga hati dia
mana taknya, sampai taknak ajak membe ko tengok wayang
sebab nak ajak dia. tapi, tak jadi gak.
ko cakap ko dah taknak dia kan?

ayat2 ni selalu je wat aku sakit hati.
tolong la! aku taknak dia jadi gf aku.
dia, ada orang lain yang lebih sesuai ok.
tapi, dia taknak bukak mata dia untuk tu.
sebab dia cakap aku yang terakhir.
come on dear, you should give yourself chances.
hidup panjang lagi kot.
lagipun, kitorang bukan sefahaman.
apa-apa benda pun, susah nak sehaluan.

aku pelik hari tu tiba-tiba dia cakap kat aku;
dia suruh aku mengaku aku dah ada gf baru.
dah tu, bila aku tak ngaku,
suruh ngaku aku dah buang dia dalam hidup aku.
hoi, apa benda ni ha? paksa diri kenapa??
memang aku takda gf. aku tak perlu kau?
aku tak perlu kau pun aku still tak boleh hilang kawan.
kau cakap buat kau sedar.
kenapa? apa yang kau tak sedar?
kau tak boleh terima hakikat keadaan aku macam ni??
nasib kau lah. sebab ni lah keadaan aku sekarang.
jangan cakap ko jeles sebab aku member baik ngan pempuan sudah.

aku pun dah tak faham dengan dia tu.
sekarang ok pulak. aku dah pening.
oh tuhan, dia tak patut dalam dilema macam ni.
dia sepatutnya boleh merasakan hidup;
hidup riang bersama kawan-kawan tersayang.
ye, have fun with her friends, her beloved friends;
keluar berjalan ramai-ramai, tengok wayang ramai-ramai,
makan-makan, apa-apa yang boleh spend time bersama lah.
tapi dia ni tak, keluar nak berdua bertiga je,
keluar dengan orang sama.
tu ok, tapi why not keluar dengan member-member lain?
kan ke tu leh rapatkan lagi bond antara korang?

entah la. aku tak ada kuasa nak judge dia.
maybe dia ada reason untuk tu.
tapi bagi aku, she missed her life if she stay like that.
aku, kalau boleh nak dia rasa hidup ni indah.
ya, indah bukan sebab bf, tapi sebab kawan.
macam aku sekarang, aku pilih hidup dengan kawan lebih,
sebab nak enjoy dengan kawan-kawan masa ni je yang ada.
nanti, dah graduate, dah kerja, dah berkarier,
jangan harap la nak rasa berparty ngan kawan-kawan.
erm. ikut dia lah. aku dah tak ada hak atas dia.
aku boleh bagi advise je kot, tu pun kalau dia mintak.
tapi aku tak expect pun benda tu,
lagipun advise aku bukan bagus sangat pun.
terpulang pada awak le ainun. hidup awak.

aku harap dia boleh dapatkan hidup yang aku maksudkan,
aku harap dia boleh senyum lebar di samping kawan-kawan.
nad, farah, adibah, dak2 kelas dia, yang bukan kelas dia,
diorang yang aku kenal tu, aku tahu diorang care kot pasal dia.
let them smile dear. they want your smile, your laugh, that happiness.
hurm, aku tak tau diorang dah dapat tu ke belum.
aku dah susah nak amik tahu pasal dia.
aku malas nak tanya kawan-kawan dia tu,
kang diorang kata aku syok lagi kat dia,
padahal aku nak tahu keadaan dia je.

please live happily with your friends dear.
i won't forgive you if you dare to make you and your friend sad.
that should do it.

luahan hati seorang budak senget.

---------------------------------------------END-----------------------------------------------

disini, aku ingin mengulas sedikit tentang wasiatnye untuk aku. ape motif sebenar die bagi bende ni ek? seolah-olah, tanpe die, aku takde life. tanpe die, idup aku tak indah. hanya dengan boyfriend sahaje, hidup aku jadi sempurna? jadi ade life? jadi indah? ohhh.. tidak-tidak. kau telah salah anggap wahai manusia yang aku panggil kawan. you are totally wrong!
adakah sebab ini, kau tinggalkan aku? kau mengubah fikiran untuk tidak memilih aku? sebab kau ingin enjoy bersama kawan. sungguh tak adil sebenarnye kau. harap name je bermaksud adil. (**adli=adil) orangnye? haih.. boleh aku kata kau hampeh?

tu je kot perkataan yang sesuai untuk kau. maaf ye kawan? kau, adenye kau, memang buat hidup aku indah. tapi tak bermaksud, hidup aku indah hanya semata-mata kerana adanya kau! okey? fine. kau pilih la kawan. kau pilih la sape-sape kau nak. memang hak kau kan? pergi. pergi. aku tak halang. tapi satu je. dengan kawan kau boleh berlaku jujur. dengan aku? bukan ke aku sekarang kawan kau??
kau fikir, aku nak lari dari kau? hei kawan. sape yang nak lari dari sape sebenarnye ea? aku, dengan seikhlas hati aku, dah pun menerima kau sebagai kawan aku. sebagai kawan yang boleh mengindahkan hidup aku. tapi kau, mane ntah peranan kau sebagai kawan. aku taktau la kau paham tak ape yang aku maksudkan.

memang kite tak pernah sehaluan. tapi at least, aku cube untuk sama hala dengan kau. tapi kau, sengaje membezakan hala kau dari aku. bijak kan kau? tahniah! ape kau nak sebenarnye untuk hidup kau? weih. kau kata kau takde aku pon, kau tak boleh hilang kawan kan? so, ape functionnye aku sebagai kawan? maksudnye, kau... memang tak perlukan aku. kan? kau hanya perlukan kawan. get what i mean? huh. dah lah. kau memang selalu nak serabutkan fikiran aku la.

aku dah tenang. dah gembira. dengan hidup aku dengan adanya kawan-kawan. itu yang kau nak kan? nah! dah sumenye terpampang. kau je yang tak nampak. harap pakai spect berjenama je. tapi tak nampak. ape jenis manusia la kau. sian mak kau ngandungkan kau.

dah. aku punye merepek lagi maut dari kau. cukup la hati aku kau robek, kau siat, kau tikam, kau tanam. aku dah takde hati. dan aku dah taknak jage hati kau. kau punye pasal la kalau ape yang aku cakap kat kau, buat kau rase taknak hidup. sume salah kau. kau! kau tau??! ENGKAU!

aku nak tukar style blogging aku!
buhsan pulak dengan panggilan yang aku gunakan itu.
walaubagaimanapun, agak lawak sebenarnye.
aku tidak lah segedik itu.
hehehe.

kecik...

i don't feel like blogging
why?

i miss him
why?

i still can't forget him
why?

all i can do is watching him
waiting for the miracle to come
praying for some peace
refreshing my mind
why?


juz because
i love him
very much
more than everything

i want him back
but i can't
why?

can i know
why??

aloooo si kecik!
ini ari, ite sangat penat la kecik. ite tak balik uma pon. sebab ite kuar ngn kawan-kawan ite. qilah, maiza n jiha. ite mule-mule pergi KLCC. tengok ICE AGE 3! best giler.... sangat best. puas la dapat tengok. hehe. lepas ni macam nak tengok lagi je. itu pon kalau ade rezeki. stat pukul 11.20 am. lepas tengok wayang, jalan-jalan kejap kat situ. saje window shopping and posing-posing. huhu.... then, bergerak ke times square plak. ikutkan, boleh je jalan kaki. bukan jauh sangat pon. tapi lepas bincang-bincang sume, naik tren. membazir betul. ni sume qilah punye pasal. merungut aje kalau suruh jalan kaki. hehe..

kat times, habis laaa... semua kedai kami masuk. belek la segale ape yang ade. tapi tak beli pun. ite cari kasut everlast ite. sume kedai yang ade kasut tu, takde stok untuk saiz ite. amboi. kecik sangat ke kaki ite ni? saiz 5 je pon. sedih gile tak dapat beli kasut tu. dah desperate sangat, ite beli je la kasut ape-ape pon. alhamdulillah dapat satu. harga leh tahan jugak la. lame kami duk merayau kat TS tu. dari pukul 2 petang sampai 9 malam. lame kan? sume sebab window shopping je. beli barang 2 jenis je. hahaha. biase la. perempuan an.

overall, memang best la keluar arini. even rase macam nak tercabut kaki ni an. tapi tetap best. sebab keluar ngan member-member. lagi best dari keluar ngan balak. buang mase je. huhu.. nasib baik la da putus an. kalau tak, astaghfirullah... taktau la nak kate ape. hahaha.

k la. nak rest kaki plak. esok mau kuar lagi. haha. bye kecik...

: 09.36 am

salam kecik!!
hehe.. ite baru habis kelas english ni. huarghh! ngntok giler. semalam an, ite tido kul 4 pagi. teruk an? tau tak ape yang ite buat sampai tido lewat camtu.

haha. biase laa. remaje an. gayut la. ape lagi. malam tadi, ite chat ngan kawan sekolah lame ite tau. name die izham. panggil am je. die yang tegur ite dlu. borak punye borak, entah macam mane, ite ley sangkut kat die. alamak!! ite bukan nak buat die mengharap. but, believe it, mmg die mengharap kat ite pon. adoi. ite nak wat camne ni kecik? salah langkah lagi ke? huhu..

anyway, ite pon memang sedang cube untuk membuang perasaan ite kat adli baharuddin tu. lagi pon, kalau ite simpan lame-lame pon, buat ape. takde gune langsung. adli baharuddin tu bukan nak kat ite lagi. perasaan sayang die kat ite pon dah lenyap. lame dulu. so, dah tiba masenye ite pon buang dan lenyapkan perasaan tu. tapi, boleh ke? entah la. maybe boleh kot. tapi memakan mase jugak la. hope, ite takkan menyesal ite buang perasaan ni. ite harap, die tak kan datang dah kembali kat ite untuk bersama lagi. (sbnrnye, itu yg ite harap. huhu...) untuk kembali pada dia, susah kot. laki macam die. kejam.

haaa... lagi satu cite. malam tadi, tengah-tengah ite iron baju, tibe-tibe ade satu nombor tak dikenali miskol ite. ite pon call la balik. tanye sape die. faiz... faiz??!!! kawan kenalan myspace ite. alang-alang dah call tu, terus gayut sampai habis kredit ite. dah la baru topup. adoiyai. dah tu, sebenarnye malam tu, am nak call ite. tapi asek waiting je sebab ite nga gayut ngan faiz. wahahah. teruk tol perangai. lame gak la borak ngan faiz tu. setengah jam je la mampu sebab ite tak buat super saver pon. main call je. habis rm9 ite. waaaa~!!

pastu, bile kredit ite habis, faiz tu pulak call ite. tapi asek terputus je. taktau la nape. then, ade satu part climax ni. faiz nak bagitau satu bende. tibe-tibe terputus lagi. then, am plak call. hahaha. gayut la plak ngan am tu. adoi. suare die memang layan la. tapi ite takde niat lain. just kawan. nga gayut ngan am, faiz plak nak call ite. waiting lagi. huhu... banyak kali gak la die try. tapi waiting jugak. then. he ended up with a msg. die nak gitau sebenarnye die suke kat ite. waaaaaaa~!! lagi sorang. macam mane ni kecik. kang orang kate ite ni player plak. sebenarnye bukan niat ite pon nak mainkan dorang. ite layan pon sebagai mmber je. tapi nampaknye macam ite bagi harapan je kat diorang. habis la ite...!!!

am plak.. uish. dah panggil ite 'sayang' sume. dah lame ite tak dengar orang panggil ite ngan panggilan tu. rindu plak. wakakaka. layankan aje. ite dah pesan dah kat diorang sume. jangan mengharap kat ite sebab ite takleh bagi ape-ape harapan. ite pon taknak bagi harapan kat diorang. biar mase menentukan. kalau jadi ape-ape, jangan salahkan ite. huhu. teruk-teruk.
dah makin liar plak ite rase ite ni. tapi ite bukan wat ape-ape pon. layan je. hahaha. same la tu kan? ngek la enon nie.

emm. tu je la nak cite kecik. menarik jugak kisah nie. taktau la ngan sape ite sangkut nanti. dah janji ngan diri sendiri taknak involve in sirious relationship lagi. tapi entahlah. kalau dah TERinvolve nak buat macam mane kan? hahaha. cari pasal lagi. kang kene heart broken lagi, padan muke! alaaa.. biase la tu. lumrah kot. hahaa. gila!

ok la. mau tido. ngantuk sangat dah ni. outline english tak buat lagi. duet kering. adoi. macam-macam masalah la ite nie.

k salam...

tanggal 3 Julai aritu an kecik..... ite dapat satu msg dari seseorang. yang ite amat kenali. tapi, ite rase mcm dy tersalah anta msg je. pelik semacam. janggal. sebab rasenye dah lame sangat ite tak contact dy. ite tertanye-tanye kenape dy cari ite ari jumaat tu. before solat jumaat.

dy tanye.. sama ade, ite masih sudi keluar ngan dy. mcm-mcm ite borak ngn dy. msg je la tapinye. hati ite time tu, hanya Tuhan je yang tau. ite hepi sangat sampaikan miera kwn baik ite cakap ite asek tersengih je sepanjang hari tu. huhu.. nak wat camne. orang yang ite tunggu-tunggu selame ni, tibe-tibe cari ite balik. unexpected kot. sukar dipercayai itu adalah dy.

malam tu, sepatutnye ite bagi pinjam dy ite punye notes math. tapi sebab dy lambat sangat, dan ite pulak terpakse bergegas pulang untuk menonton Transformer bersama keluarge, akhirnye, ite tinggal je dy. haha. kesian. tapi nk buat mcm mane. lepas setel tengok cite yang sangat-sangat best tu an kecik, ite msg dy. ite tanye dy sama ada dy da dapat blaja math dari sape-sape ke belum.

dy tak balas. emm.. ite egt dy main-mainkn ite je an. time tu da penat. ite pon terus tido. takk fikir ape-ape dah. tengah-tengah syok layan mimpi tu, enpon ite berbunyi. aik. dah lame dah enpon ite ni tak berbunyi malam-malam. then, ite angkat la dengan mamainye. suare.... suare dy..... suare yang selalu ite rindu.... ohh.. dy rupenye. hehe.

kami berborak panjang. macam-macam diceritakan. he explained everything. namun, ite susah sangat nak percaya kata-kata dy. even, sebenarnye ite tak percaya dy yang tengah cakap ngn ite tu. pelik an kecik? dah lame dy menyepi. then, tanpa dipinta, dy datang. mintak ite kembali pada dy. tak rase macam pelik ke? macam ade something je. tapi, ite ketepikan dulu pikiran kotor tu. ite layan dy jugak. tanye dy macam-macam. sampai kredit sume habis. huhu..

esoknye, ite on fesbuk. ite nampak ade 1 msg dalam inbox ite. dy yang anta. something yg wat ite agak sedih la.. dy cakap, dy perlukan ite. tak lebih dari seorang kawan. kawan baik. tentang sayang, love or wat eva tu.... dy sendiri tak pasti. tapi dy rase, ktrg takley into that relation again. he need me to make him struggle again. without me, he cant even afford to study. sedih tak...???

anyway, im still glad he need me. even as a bestfriend. maybe tu lagi baik dari kitrg tak kawan langsung. kn kecik? ite pon masih perlukan dy. sangat-sangat. kami saling memerlukan. so, biarla ite simpan je niat ite untuk bersama dy. im juz a bestfriend. not more than that. oke kecik? sedar tu. egt!

huhu...then, actually i ask for 10 reason why i should forgive him and back to him. believe it, kami gado sebab tu. then, dy langsung dah malas nak pujuk ite. terus cakap, kalau dah taknak, dah. dy takkan cari ite. ite takkan cari die. dats it! enough! teruk betul la mamat nie. cakap macam tu pon terus give up. susah betul.

tengah gaduh-gaduh tu, boleh plak, my parents call me. waaaa.. tau ape terjadi? time tu kat laman depan rumah. papa betul-betul tengah menyinga. dan, ite telah dimarahi oleh papa mama bertubi-tubi. bayangkan. ite duduk tengah-tengah, diorang tengking ite marah-marah ite. takot do. my parents dapat tau tentang duet elaun ite yang dah habis tu. diorang kecewa gile. langsung, halau ite balik uia. and, diornag taknak bagi duet blanje kat ite. emm.. takpelah ma, pa. kalau duet tu sangat-sangat berharge buat papa mama, sampai anak sendiri pon taknak bagi, sukati. i still can survive. makan roti hari-hari pon takpe. asalkan, dengan my act tu, ley buat papa mama lega. sebab takyah susah-susah nak keluar duet untuk anak yang jahat ni. an? hm..

kecik,
kadang-kadang ite pelik la ngan parents ite ni. ite tau diorang berduet. tapi taktau kenape diorang kedekut sangat nak bagi kt ite. luak ke duet diorang kalau bagi duet tu untuk ite makan or beli barang ke.. luak ke? heishh. pelik laaa. tapi biar la. tak matinye ite kalau tak berduet. biar la miskin papa kedana pon asalkan masih ade maruah.

hei. membebel plak an ite ni kecik. macam-macam dugaan untuk ite bulan rejab nie. memang bulan haram an. Tuhan nak uji ite. ite terima je la. nak buat macam mane.

k la.. time tu study. chow kecik..

kecik-kecik..
harini, baru ite sedar. susahnye bernafas dalam air. susahnye ular merangkak. susahnye lembu berkokok. susahnye kambing mengiau. susahnye kucing mengembek. susahnye hidup tanpa udara. susahnye minum tanpa air. susahnye manusia terbang..... bebas.... susahkan?

paham tak maksud ite nie? segala-galanya jadi susah bile hati dah mule resah. segala-galanya jadi kusam bila muka dah mula tarik masam. segala-galanya jadi pahit bila hidup ni dah tiada seri. hidup ite dah tak tentu arah. ada masanya ite rase ite punyai semangat untuk meneruskan hidup. tapi ada masa jugak ite rase dunia ni dah takde makne dengan kewujudan ite.

again! hati ite wat hal lagi.....!! i hate this situation very much!
positive side : dah-dah! buang kenangan tu jauh-jauh.... tak elok difikirkan bende yang dah takde. yang dah bukan milik kite... wat penat je..
negative side : tak boleh! walau macam mane pon aku cube, die tetap ade dalam idup aku. setiap hari aku nampak die. setiap hari die dekat dengan aku. setiap hari muke die terpampang kat depan mata aku.
positive side : ish. tu kau yang fikir. cube fikir bende baik-baik. kau datang sini untuk ape? blaja kan? so, ignore je die tu. bukan bagi ape-ape manfaat pon kat kau. pernah die fikirkan kau? pernah?? tak kan?! then, stop thinking about him laaa..
negative side : arghhh! setiap kali nampak muka die, memang hati aku ni membara je. Ya Allah! tapi, aku tak boleh nak benci die....

huh. penat ite berperang ngan hati ite sendiri. penat ite fikirkan cara untuk hidup ceria seperti selalu. penat ite cube untuk tak menjadikan ini sebagai masalah ite. penat!


**dari awal aku patut lepaskan.........